Tuesday, March 25, 2014

The Missing

Hello,

haritu sebelum exam bukan main rancak aku post entry, tapi bila dah habis exam dan masa cuti sebulan ritu tak terlintas pun nak menaip. Setan.

Sekarang topik paling hangat adalah berkenaan kehilangan pesawat MAS MH370 tu kan. Maka aku pun nak jugak lah memberi komen mengenai isu berkenaan.

Semalam, pada hari ke-17 pencarian pesawat tu, Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa pesawat tu telah mengakhirkan perjalanannya di Lautan Hindi. Bila difikirkan balik memang tak masuk akal. Mesti banyak persoalan yang berada di minda kita. Kenapa pesawat tu pegi ke situ? Macam mana boleh hilang dari radar? Kenapa tiada satu radar ketenteraan pun yang dapat detect pesawat tu? Adakah kejadian ini suatu konspirasi? Adakah pesawat itu telah di-hijack? Adakah pesawat itu dengan sengaja melenyapkan diri? Banyak soalan banyak. 

Sudah tentu ahli keluarga dan sahabat-sahabat penumpang2 pesawat tu lagi banyak persoalan. Soalan yang paling tidak dapat penjelasan mesti lah mengapa pesawat tu yang kene macam tu? Kenapa orang yang tersayang yang menjadi mangsa? Kenapa bukan pesawat lain? Kenapa berlaku pada waktu orang yang tersayang naik kapal terbang tu?

Aku tiada keluarga atau kenalan yang menaiki pesawat tu, maka aku tak boleh cakap aku faham 100% keperitan yang mereka lalui. Tetapi sebagai seorang yang memerhati, aku sedikit sebanyak dapat relate kejadian ini dengan aku. Tak, aku tidak pernah ada sejarah kehilangan sesiapa through kemalangan kapal terbang. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah, aku faham macam mana perasaan kehilangan seseorang atau sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku.

Mungkin aku dah jumpa salah satu hikmah atau pendoman mengapa aku dihantar belajar jauh di sini. Dugaan yang aku lalui kat sini banyak dan baru akhir-akhir ni aku sedar apa yang Dia hendak mengajarku. Kat sini baruaku sedar apa itu takdir, rezeki dan hikmah. Aku dah menghadapi kegagalan terbesar aku sepanjang aku di sini. Memang perit nak lalui saat itu. Dalam kepala aku asyik bertanya, kenapa aku kene lalui semua ni? Kenapa aku? Kenapa benda ni berlaku jugak walaupun aku dah berusaha sebaik mungkin? Kenapa aku tak boleh mengubah balik apa yang telah terjadi? Mengapa??

Perlahan-lahan baru aku sedar, mungkin itu bukan yang terbaik untuk aku. Walaupun aku dah kehilangan apa yang aku ada dulu, ia diganti dengan sesuatu yang aku tak mahu langsung, tetapi slowly aku mulai menerimanya. Aku dapat merasakan suasana hidup aku kali ni sedikit gembira dari kehidupan yang dulu dan aku tau everything is going to be a lot better in time. 

So berbalik kepada isu MH370 tu, aku respect kat ahli keluarga penumpang2 kerana tabah dan tenang menghadapi ujian yang sangat berat ini terutama kepada keluarga Malaysia. Bagi keluarga2 China, aku faham juga kenapa mereka meroyan melebih2. Mungkin disebabkan mereka tidak diajar mengenai Qada' dan Qadar, hikmah dan takdir semua ni. Bukan nak cakap mereka tiada agama, tetapi itu lah perbezaan yang boleh aku nampak antara agama Islam dan agama2 lain di dunia. Dan aku tau, aku bukannya seorang yang layak untuk bercakap pasal agama dengan gaya hidup aku macam ni, tetapi aku tahu dan belajar semua tu. 

Semoga mereka dapat cari pesawat yang hilang tu secepat yang mungkin. 




~~~yaw!

No comments: