Wednesday, November 9, 2011

Malam ni bulan sangat indah dan cantik. Terang sangat dan bulat. Boleh nampak rekah2 pada bulan tu dengan mata kasar. Tenang hati tengok. Duduk di atas lantai pandang tingkap pon boleh nampak sinar cahaya bulan tu. Awww ;D

Mungkin bulan ini hendak menenangkan aku kot dengan paper Chemistry 4 yang macam gampang td.Sumpah aku bengang dengan diri sendiri kerana tidak dapat menjawab kesemua soalan. Dan aku bengang juga kerana ramai yang habis paper tersenyum riang, menunjukkan mereka boleh menjawab soalan itu dan secara tidak langsung menaikkan graph chemistry kali ini dan secara tidak langsung lagi menjatuh kan grade aku. Hihi. Yeap memang aku bengang tapi apakan daya masa tak akan kembali, hancur musnah nya semua nya~~ (kenal tak ayat tu haha) Bulan malam ni memberiku ketenangan dan membuatku meredhai apa yang akan berlaku. Jikalau sudah ditakdir kan aku dapat result buruk pon aku tenang menghadapinya sebab aku memang dah lama redha dengan exam celaka ni. Hehe. ;D ehemm tapi kalau boleh memang nak lepas la kan.

Tetapi apabila aku memandang ke bawah dekat buku fizik ni memang hilang ketenanganku. Maka inginku terjemahkan di sini, bulan menyuruh aku memandang nya sahaja. Bulan x kasi aku pandang buku fizik..and german hehe.

Okay tenang..tenang..tenang.....tapi..lagi tenang kalau tengok bulan yg cantik ni di tepi pantai muahahaha.





Random Photo: Ini dia gambar bulan malam ni.
Maaf gambar ni tak berapa nak clear 
sebab aku takde kamera canggih macam anda2 sume hihi :P



















p/s: Bahasa yang ku tulis pada entry ini sangat...ermm..skema. Kan? haha BOOOYEAHHH mood klasik malam ni :D



~~~yaw!

2 comments:

hajidah jie said...

che mmg cm gampang un!
sdeh ak =((

shafara (Ŧ) said...

aww terharu aku ade org sedih hahah